Peluang Anwar masih tipis

Kerajaan baharu bakal dibentuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menyebabkan berlakunya penjajaran politik baharu dalam kalangan ahli Parlimen menyokong beliau kelak.
Kerajaan baharu bakal dibentuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menyebabkan berlakunya penjajaran politik baharu dalam kalangan ahli Parlimen menyokong beliau kelak.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok bagi mengemukakan sokongan majoriti yang didakwa dimilikinya dijangka tidak memberi impak besar.

Pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, berdasarkan laporan akhbar serta penafian beberapa ahli Parlimen sebelum ini, beliau percaya hanya kemungkinan kecil untuk Seri Paduka menerima dan memperakui sokongan majoriti yang didakwa Anwar itu.

“Dalam tempoh terdekat, dijangka tidak ada perubahan berkaitan kerajaan. Jika ada sekali pun, situasi lebih ditunggu ialah sewaktu Sidang Parlimen di mana semua pihak boleh menilai sama ada Anwar benar-benar mempunyai sokongan majoriti atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Mengenai pertemuan Anwar dengan Agong esok, Muhammad Fathi berkata, beliau berpandangan Ahli Parlimen Port Dickson itu mungkin mengemukakan maklumat sokongan dengan menyenaraikan nama-nama ahli Parlimen yang menyokongnya dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Jika demikian, katanya, terpulang kepada Seri Paduka sama ada ingin menerima SD tersebut atau percaya dengan maklumat dikemukakan Anwar.

“Dalam hal itu, Seri Paduka mempunyai kuasa yang cukup luas bagi menilai maklumat dinyatakan sama ada ia berasas atau tidak.

“Perlembagaan Persekutuan juga tidak menetapkan cara yang spesifik bagi Yang di-Pertuan Agong untuk menilai mana-mana pihak yang mendakwa ada sokongan majoriti di Parlimen,” katanya.

Dr Muhammad Fathi Yusof
Dr Muhammad Fathi Yusof

Artikel Berkaitan: