‘Kenyataan Zahid buatkan Anwar lebih yakin’

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) percaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya mendapat sokongan daripada beberapa ahli Parlimen UMNO untuk menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, Anwar kemudian berasa lebih yakin apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa beliau tidak mampu untuk menghalang ahli-ahli Parlimen UMNO daripada memberikan sokongan kepada Anwar.

Bagaimanapun, katanya, ahli-ahli Parlimen UMNO yang didakwa menyokong Anwar membuat penafian secara terbuka di media mengenai pembabitan mereka dalam membentuk kerajaan baharu.

“Walaupun tidak ramai, ia mungkin mengakibatkan wujud respons negatif akar umbi UMNO sendiri terutama orang Melayu.

“Bagi orang Melayu, mereka menganggap bekerjasama dengan Anwar sebenarnya memberikan nyawa kepada agenda DAP yang pro ultra liberalisme,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Muhammad Faiz berkata, terdapat dua kemungkinan akan berlaku selepas ini iaitu sama ada Anwar gagal sekiranya Yang di-Pertuan Agong menemu duga setiap ahli Parlimen di Istana Negara atau Seri Paduka akan menyerahkan kepada Parlimen untuk membuat undian.

“Jika Anwar berjaya, maka rakyat khususnya orang Melayu Islam akan melihat betapa khianatnya ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama daripada UMNO. Kemungkinan UMNO akan berpecah kepada dua,” katanya.

Artikel Berkaitan: