Kemenangan Kedah hasil kerja keras pemain

Aidil Sharin Sahak
Aidil Sharin Sahak
A
A
A

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan kejayaan menewaskan Perak 3-2 pada aksi terakhir CIMB Liga Super di Stadium Perak malam tadi sebagai hasil kerja keras daripada kesebelasan skuad Lang Merah.

Menurutnya, kesebelasan pemain dilihat telah beraksi dengan cukup baik di sepanjang perlawanan bagi memastikan kemenangan berkenaan.

“Syukur alhamdulillah, tahniah kepada semua pemain atas kemenangan ini. Ya, kita tahu Perak pasukan yang baik dan sering ‘bangkit’ dalam perlawanan.

“Namun, yang penting, pemain kita telah berikan segala-galanya dan tidak mudah menyerah dengan menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi.

“Saya juga telah arahkan pemain untuk memberikan penguasaan di bahagian tengah dan ini telah menjadikan bahagian pertahanan kita turut berfungsi dengan baik untuk mengekang asakan-asakan Perak,” katanya sejurus tamat perlawanan malam tadi.

Sementara itu, ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan kesebelasan skuad The Boas Gaurus itu pada perlawanan berkenaan.

Katanya, semua pemain telah memberikan aksi terbaik masing-masing, namun ia nyata belum mencukupi untuk membantu kemenangan pasukan.

“Walaupun tewas, saya tetap berpuas hati dengan pemain kerana mereka telah berikan seratus peratus kepada perlawanan malam ini.

Artikel Berkaitan:

“Memang sukar untuk kita bermain, terutamanya selepas ketinggalan 0-2, tetapi pemain mampu untuk bangkit,” katanya.