TV Sarawak (TVS) dilancarkan

Tun Abdul Taib Mahmud (kiri) melancarkan TVS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua dari kanan). - Foto Bernama
Tun Abdul Taib Mahmud (kiri) melancarkan TVS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua dari kanan). - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini melancarkan stesen televisyen milik kerajaan negeri Sarawak, TV Sarawak (TVS), malam ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap di majlis pelancaran tersebut berkata, pelancaran itu merupakan satu lagi sejarah kejayaan untuk Sarawak dan satu mimpi jadi kenyataan untuk semua rakyat Sarawak.

Beliau berkata, TVS merupakan stesen televisyen pertama milik kerajaan negeri di negara ini dan akan menjadi platform kepada pencipta, penerbit dan artis Sarawak untuk menunjukkan hasil kerja mereka, dan menjadi medium komunikasi yang efektif menerusi buletin berita, program ehwal semasa dan pelbagai jenis bicarawara.

“Saya berharap, ini (pelancaran TVS) akan membuka lebih banyak pintu kepada Sarawak untuk ditampilkan ke seluruh dunia,” katanya dan menambah TVS akan disiarkan secara percubaan di Saluran 122 Astro untuk tempoh tertentu, bagi memastikan kestabilan teknikal dan gerak kerja yang mencapai standard industri.

Beliau berkata, TVS akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak untuk cemerlang dalam pelbagai bidang menerusi kandungan dan dalam masa sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk menyumbangkan lebih banyak hasil dalam ekosistem ekonomi digital.

Abang Johari berkata, TVS bukan sahaja menjadi platform untuk komuniti mendapatkan berita rasmi, tetapi juga menggalakkan penyatuan nasional oleh pelbagai bangsa dan budaya yang perlu dikekalkan ketika negeri Sarawak terus maju ke hadapan. - Bernama

Artikel Berkaitan: