Hartanah DBKL: Suri rumah didakwa miliki wang haram RM1.2j

Lin San diiringi pegawai polis pada prosiding kes hari ini
Lin San diiringi pegawai polis pada prosiding kes hari ini
A
A
A
PETALING JAYA - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan memiliki wang RM1.2 juta hasil aktiviti haram, dua tahun lalu.

Chang Lin San, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, wanita berusia 35 tahun itu didakwa memiliki RM950,000 dan RM250,000 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Hong Leong Bank Seri Kembangan, pada 13 September hingga 2 Oktober tahun lalu.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Idamasliza Maarof mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh boleh dihukum Subseksyen 4(1) akta sama.

Hakim, Mabel S Muttiah membenarkan jaminan RM120,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, sumber berkata, mangsa dalam kes itu berminat untuk membeli satu lot hartanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui sebuah syarikat.

Pembayaran didakwa telah dilakukan, namun semakan mendapati wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat sebaliknya dimasukkan ke akaun peribadi seorang wanita.

Artikel Berkaitan: