X

Kindly register in order to view this article
!

SK dan sekolah agama di Masai ditutup seminggu

Sekolah Kebangsaan Masai - Foto internet. Gambar kecil: Shaharuddin Saari
A
A

PASIR GUDANG - Sekolah Kebangsaan (SK) Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin, Masai di sini ditutup selama tujuh hari bermula esok berikutan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) di sekolah itu.

Menurut surat rasmi yang dikeluarkan SK Masai, penutupan bermula 11 Oktober sehingga 17 Oktober ini.

"Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penutupan sekolah yang disahkan mempunyai kes positif Covid-19 bertarikh 9 Oktober 2020.

"Pihak sekolah ingin memaklumkan sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 18 Oktober ini," kata kenyataan itu.

Selain SK Masai, Sekolah Agama As-Syakirin Masai turut mengambil langkah sama bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!