Anak buaya 'sesat' di taman perumahan

Anggota bomba menangkap seekor anak buaya sepanjang hampir satu meter di hadapan sebuah rumah di Jalan Pulai Utama, Taman Pulai Utama, Johor Bahru hari ini.
Anggota bomba menangkap seekor anak buaya sepanjang hampir satu meter di hadapan sebuah rumah di Jalan Pulai Utama, Taman Pulai Utama, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penduduk di Jalan Pulai Utama, Taman Pulai Utama di sini hari ini digemparkan dengan kemunculan seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter.

Kehadiran anak buaya di hadapan sebuah rumah di situ disedari seorang penduduk pada jam 7.22 pagi sebelum menghubungi bomba.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan II Inggai Anak Bakau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi.

"Anak buaya dapat ditangkap dalam tempoh 10 minit dengan bantuan penduduk taman perumahan itu.

"Reptilia seberat kira-kira lima kilogram ini diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: