X

Kindly register in order to view this article
!

Ayob Khan tidak tolak kemungkinan pegawainya terlibat

Ayob Khan (tengah) meninjau tapak pameran selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di Johor Bahru semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak menolak kemungkinan terdapat anggota dan pegawainya terlibat dengan sindiket Macau Scam di negeri ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya percaya kemungkinan perkara itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kes Macau Scam yang di Johor pada tahun ini.

"Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengesan sekiranya terdapat penglibatan anggota dan pegawai polis dalam kegiatan itu.

"Namun buat masa ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat. Mungkin pada masa akan datang ada. Kalau ada, kita akan ambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di Pâradigm Mâll di sini semalam.

Ayob Khan meninjau tapak pameran selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di Johor Bahru semalam.
Ayob Khan meninjau tapak pameran selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di Johor Bahru semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Ayob Khan berkata, polis berjaya memberkas 15 warganegara China yang disyaki terlibat Macau Scam di negeri ini pada bulan lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melancarkan operasi bagi memerangi sindiket berkenaan dan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!