Pemandu lori dituduh ugut bunuh isteri

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim pagi tadi untuk pendakwaan.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim pagi tadi untuk pendakwaan.
A
A
A

KULIM - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas dakwaan mengugut bunuh dan melakukan khianat terhadap isterinya, September lalu.

Tertuduh Mohd Azhar Samsuddin, 42, didakwa menakutkan secara jenayah terhadap isterinya yang berusia 30 tahun dengan ugutan hendak menyebabkan kematian di lampu isyarat Jalan Hi-Tech 9, jam 7.30 pagi, 28 September 2020.

Disebabkan perbuatan itu, dia telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan khianat secara pemusnahan harta milik isterinya pada jam 7.45 pagi hari yang sama.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim pagi tadi untuk pendakwaan.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim pagi tadi untuk pendakwaan.

Atas perbuatan itu, dia telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga tiga bulan atau didenda atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dibacakan Pegawai Pendakwa, Inspektor Shakinah Mohammad Salleh di hadapan Majistret Che Rohana Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Kamal Pasha.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 November 2020 sebagai tarikh sebutan semula kes.