MCA tetap bersama BN, tolak Anwar

Chong Sin Woon
Chong Sin Woon
A
A
A

SHAH ALAM - MCA berpendirian untuk tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik MCA yang bermesyuarat dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, MCA berpegang teguh dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang menetapkan tidak akan bersama ketua pembangkang itu dalam penubuhan kerajaan.

“MCA juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam keadaan negara memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, kestabilan politik merupakan prasyarat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

“Oleh itu, wajar bagi semua parti politik untuk memfokuskan usaha mereka kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan semua pergolakan politik yang mengorbankan rakyat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lagi Ahli Parlimen UMNO nafi sokong Anwar

18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin

Artikel Berkaitan: