Polis Johor keluarkan saman RM13.2 juta tahun ini

Ayob Khan (depan, dua dari kiri) meninjau kaunter bayaran saman selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru hari ini.
Ayob Khan (depan, dua dari kiri) meninjau kaunter bayaran saman selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sejumlah RM13.2 juta nilai saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan polis Johor tahun, namun hanya RM3.6 juta bayaran dijelaskan sehingga hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, justeru potongan sehingga 50 peratus merangkumi pelbagai jenis saman trafik ditawarkan pada program diadakan hari ini di sebuah pusat beli belah di sini.

"Mengikut rekod, jumlah saman belum dibayar dianggarkan bernilai RM9.6 juta, jadi bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menjelaskan saman kita tawarkan potongan saman sehingga 50 peratus melalui program ini.

"Harap dengan adanya program selama dua hari ini dapat membantu masyarakat membayar saman yang tertunggak selain memudahkan urusan untuk memperbaharui cukai jalan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di pusat beli-belah terbabit di sini.

Mengikutnya, terdapat saman yang tidak dapat diberikan diskaun antaranya saman melibatkan perbicaraan kes mahkamah, kesalahan sewaktu Op Selamat dan saman kemalangan semasa.

"Kesalahan lain yang turut tidak diberikan pengurangan adalah saman berstatus waran tangkap, saman melibatkan lori bagi 2018 hingga 2020 dan saman berstatus yang tidak boleh dikompaun 2018 hingga 2020.

"Program ini akan diadakan di IPD yang lain pada masa akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: