Kehadiran pelajar sekolah di Selangor merosot

Kenyataan yang tular berhubung terdapat satu kes positif Covid-19 di SMK Puchong Permai.
Kenyataan yang tular berhubung terdapat satu kes positif Covid-19 di SMK Puchong Permai.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengesahkan menerima laporan mengenai kemerosotan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengarahnya, Izmi Ismail berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat berkaitan perkara tersebut.

"Saya akui (jumlah pelajar tidak hadir ke sekolah) sememangnya merudum dan merosot tetapi kita tidak ada jumlah keseluruhan yang tepat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Mengulas mengenai penularan kenyataan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong Permai di aplikasi WhatsApp berhubung terdapat satu kes positif Covid-19 di sekolah itu, Izmi berkata, beliau masih lagi sedang mendapatkan pengesahan lanjut.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran (KPM) boleh mengeluarkan arahan menutup sekolah sekiranya guru atau pelajar disahkan positif Covid-19.

"Sekolah terbabit (jika terdapat kes positif Covid-19) boleh ditutup tetapi kita masih belum mendapat pengesahan daripada KPM," katanya.

Sebelum ini, tular kenyataan pengetua sekolah itu yang memaklumkan pihak sekolah mendapat maklumat awal bahawa terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang pelajar Tingkatan 2.

Kenyataan itu mendakwa, ia telah disahkan sendiri oleh ahli keluarga pelajar terbabit yang kali terakhir hadir ke sekolah pada 2 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: