Veteran UMNO senada dengan Mursyidul Am Pas

Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, semua pihak tidak seharusnya mengorbankan Muafakat Nasional.
Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, semua pihak tidak seharusnya mengorbankan Muafakat Nasional.
A
A
A

SHAH ALAM - Veteran UMNO menyokong pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin supaya kedua-dua parti itu memperkasakan Muafakat Nasional yang dimeterai bersama sejak setahun lalu.

Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, semua pihak tidak seharusnya mengorbankan Muafakat Nasional walaupun parti itu tidak dapat bersama dengan Perikatan Nasional (PN) seperti mana penyertaan Pas dalam PN.

"UMNO dan Pas mesti memperkasakan Muafakat Nasional. Veteran UMNO amat bersetuju dengan pandangan itu dan akan berusaha ke arah tersebut.

"Di saat ini, memang ada usaha daripada pihak tertentu untuk menggagalkan Muafakat Nasional kerana agenda politik mereka," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Hasyim yang dilapor sebuah akhbar arus perdana berkata, penyertaan Pas dalam PN tidak bermakna parti tersebut sudah melupakan Muafakat Nasional.

Menurut Mursyidul Am Pas itu, tidak menjadi masalah sekiranya UMNO belum bersedia menerima PN kerana ruang kerjasama dalam Muafakat Nasional masih terbuka luas dan terus diperkukuh.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin

Mengulas lanjut, Othman berkata, UMNO dan Pas telah menggagaskan agenda Penyatuan Ummah dengan melahirkan Muafakat Nasional untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Veteran UMNO menyokong agar sambutan ulang tahun Muafakat Nasional dilaksanakan segera dengan cara yang bersesuai mengikut prosedur operasi standard (SOP) mencegah pandemik koronavirus (Covid-19).

"Veteran UMNO juga mengharapkan kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Pas dapat memberi keutamaan dan menguatkan Muafakat Nasional serta menolak perpecahan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan permuafakatan ini," katanya.