Enam pemandu mabuk ditahan

Antara individu yang diperiksa dalam operasi Op Alkohol dan Pencegahan Jenatah di sekitar daerah Petaling Jaya.
Antara individu yang diperiksa dalam operasi Op Alkohol dan Pencegahan Jenatah di sekitar daerah Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Enam pemandu mabuk berusia 23 hingga 52 tahun ditahan dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Seramai 629 pengguna jalan raya dan 610 buah kenderaan diperiksa melalui operasi tiga hari bermula Jumaat lalu.

"Polis turut mengeluarkan saman terhadap 44 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 12 tidak memiliki lesen memandu.

Menurutnya, operasi itu bertujuan mencegah pengguna jalan raya memandu di bawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

"Operasi ini akan diteruskan kerana kita dapati masih ada pemandu mabuk," katanya.

Artikel Berkaitan: