Gempa bumi landa sempadan rantau Myanmar-India

Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India pada jam 1.38 pagi tadi.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India pada jam 1.38 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India pada jam 1.38 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 307 kilometer (km) timur dari Narsingdi, Bangladesh pada kedalaman 53km.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jabatan Metereologi Malaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dijangka berlaku berhampiran perairan Sabah.

Berdasarkan percerapan pada jam 8 malam semalam, Lekukan Tropika itu dikesan terbentuk kira-kira 755km ke Timur Laut Ho Chi Minh, Vietnam.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: