Muda Malaysia senaraikan 13 pengasas parti

Muda Malaysia menyenaraikan nama 13 pengasas parti itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini. (Syed Saddiq Abdul Rahman)
Muda Malaysia menyenaraikan nama 13 pengasas parti itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini. (Syed Saddiq Abdul Rahman)
A
A
A

SHAH ALAM - Parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) mengumumkan parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengasas itu dibarisi Afiqah Zulkifli, Amir Abd Hadi, Dr Mathen Nair, Dr Thanussha F Xavier, Lim Wei Jiet dan Luqman Long.

Katanya, turut tersenarai Mutalib Uthman, Radzi Tajuddin, Shahrizal Denci, Siti Rahayu Baharin dan Tarmizi Anuwar.

"Mereka ialah wakil parti dan Muda Malaysia menyarankan pihak media agar menghubungi mereka sekiranya ada soalan-soalan berbangkit.

"Muda Malaysia juga digerakkan barisan sukarelawan yang bersama membangunkan siri-siri jelajah dan libat urus melalui kapasiti tidak rasmi," katanya.

Menurut kenyataan itu, apabila Muda Malaysia menerima pendaftaran rasmi, pihaknya akan berusaha mengembangkan keahlian awal supaya menggambarkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

"Muda Malaysia boleh dihubungi menerusi e-mel hello@partimuda.my," menurutnya.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan parti baharunya itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 17 September lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tubuh parti baharu

Parti baharu Syed Saddiq perlu ada hala tuju jelas

NGO kesal parti baharu Syed Saddiq guna singkatan nama Muda