X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang mangsa bot karam ditemui, tiga masih hilang

Usaha pencarian mangsa hilang akibat kejadian bot karam masih diteruskan termasuk melalui penggunaan dron.
A
A

PELABUHAN KLANG – Seorang daripada empat mangsa dua bot karam ditemui di kedudukan 23 batu nautika barat daya Kuala Selangor pada jam 11.40 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, mangsa dijumpai KD Mahamiru yang melakukan pencarian pada hari ketiga.

"Mayat mangsa dibawa oleh bot RH16 Pasukan Polis Marin ke Jeti Kuala Selangor untuk siasatan lanjut.

"Tiga mangsa masih belum dijumpai dan operasi akan diteruskan sehingga jam 7 malam ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Rosli berkata, sektor pencarian semua mangsa hilang dilakukan di 94 batu nautika persegi, manakala di Kuala Selangor 214 batu nautika persegi.

Beliau berkata, pencarian melibatkan sebuah pesawat udara, lima bot dari agensi sahabat dan usaha pencarian turut menerima bantuan satu unit dron daripada badan bukan kerajaan (NGO).

"Pesawat Maritim Malaysia AS 365N3 masih melakukan pemantauan di lokasi kejadian, namun tiada sebarang penemuan dilaporkan," katanya.

Sebelum ini, empat individu hilang manakala tiga selamat dalam dua kejadian bot karam di dua lokasi berasingan di perairan Selangor semalam.

Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat membabitkan dua kejadian terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!