Tahanan lolos: Empat ditahan, tiga lagi masih dikesan

PDRM
PDRM
A
A
A

TAWAU - Polis berjaya menahan semula empat daripada tujuh pendatang haram yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, tiga daripada mereka ditahan semalam manakala seorang lagi pada jam 8.15 pagi tadi.

"Kesemua suspek lelaki ini ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan sekitar daerah ini iaitu di rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas serta di ladang sawit di Gudang 4," katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter berkata, pihaknya sedang memburu tiga lagi tahanan.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, 14 tahanan bertindak memanjat pagar belakang PTS Tawau dan melarikan diri, namun tujuh berjaya ditahan semula pada hari sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: