7 kontraktor ditahan SPRM

Tujuh kontraktor kerana disyaki melakukan kesalahan kemuka tuntutan palsu.
Tujuh kontraktor kerana disyaki melakukan kesalahan kemuka tuntutan palsu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang menahan tujuh kontraktor kerana disyaki melakukan kesalahan kemuka tuntutan palsu.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil siasatan dijalankan mendapati kesemua kontraktor tersebut telah mengemukakan butir matan palsu berjumlah RM48,600.

Ia berkaitan kerja-kerja pembekalan di Jabatan Perpaduan Negeri Johor bagi tahun 2017 yang mana kerja-kerja berkenaan adalah tidak dibekalkan.

Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada dua wanita dan lima lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an.

Mereka yang merupakan pemilik syarikat-syarikat berlainan ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 di mana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari terhadap tiga suspek dan lima hari terhadap dua suspek bermula hari ini.

Manakala, dua lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 berserta seorang penjamin.

Artikel Berkaitan: