Peluang B40 manfaat program Penjana HRDF

Sebahagian daripada peserta yang mengikuti program Penjana HRDF di Dewan Padang Luas, Bera.
Sebahagian daripada peserta yang mengikuti program Penjana HRDF di Dewan Padang Luas, Bera.
A
A
A

BERA – Kesan Covid-19 bukan alasan untuk kumpulan B40 mengalah, sebaliknya mengambil peluang ini untuk menambah baik ekonomi keluarga menerusi peluang yang disediakan kerajaan.

Peluang program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dimanfaatkan sepenuhnya oleh 250 peserta di Parlimen Bera apabila mereka menyertai kursus jahitan baju sekolah mini pukal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Penna Writes Resources, Sharen Alzalip berkata, kursus jahitan ini mensasarkan golongan B40 yang tinggal di Parlimen Bera untuk menjana pendapatan dengan mempelajari kemahiran menjahit baju sekolah secara mini pukal.

SHAREN ALZALIP
SHAREN ALZALIP



“Perserta akan didedahkan dengan kempunyai kemahiran asas menjahit bahagian-bahagian baju sekolah secara mini pukal.

“Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk melibatkan diri dalam perniaagan jahitan baju sekolah bagi memenuhi pasaran setempat,” katanya.Kursus berkenaan dibahagikan kepada dua kumpulan diadakan selama 11 hari bermula hari hingga 19 Oktober depan.

Inisiatif B40 Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) ini dikendalikan penyedia latihan Penna Writes Resources PLT dan diadakan di Dewan Padang Luas, di sini.

Program itu dirasmikan Ketua Wanita UMNO Bera, Datuk Sabariah Saidan.

Sabariah menjelaskan, program itu memberi dimensi baharu kepada golongan B40 di luar bandar.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di atas inisiatif Penjana HRDF yang tidak meminggirkan masyarakat di luar bandar.

"Program ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk menghasilkan baju sekolah sekali gus memenuhi permintaan pasaran baju sekolah untuk penduduk setempat serta kawasan-kawasan di sekitarnya.

"Kursus ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran peserta di samping membuka peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan mereka," ujarnya.