Sila log masuk terlebih dahulu.

Mayat wanita ditemui dalam tandas pasar raya

MOHD SAID
MOHD SAID
A
A
A

SEREMBAN- Seorang wanita warga Indonesia ditemui telah meninggal dunia dalam tandas sebuah pusat membeli-belah di Seremban 2 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, wanita berusia 57 tahun itu ditemui oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira jam 6 petang tadi.

"Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu.

"Kita masih menunggu laporan bedah siasat mengenai punca sebenar kematiannya," katanya selepas menjawab soalan sama ada kematian wanita itu ada kaitan dengan kes positif Koronavirus (Covid-19) atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: