Prolintas tawar diskaun tol 10 peratus sempena Tahun Baharu Cina

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang melalui Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) bersempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata kadar tol berkenaan dikurangkan kepada RM1.70 daripada RM1.90, bermula pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam, Selasa (5 Februari) ini.

“Pemberian diskaun ini merupakan satu daripada usaha tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna setia GCE,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi mendapatkan maklumat terkini, pengguna boleh melayari www.prolintas.com.my atau mengikuti laman Twitter @GCtrafik dan Facebook di Prolintas Highways. - Bernama

Artikel Berkaitan: