Maut rempuh pondok tol

Kereta dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar plaza tol berkenaan. - Foto : Ihsan JBPM Johor
Kereta dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar plaza tol berkenaan. - Foto : Ihsan JBPM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 8, Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai apabila kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan.

No Image Caption

"Mangsa yang datang dari arah utara telah terbabas sebelum melanggar tiang rumah tol.

"Kenderaan dinaiki mangsa akan dihantar ke Puspakom selain siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, ketika kejadian mangsa juga telah tersepit dalam kenderaannya sebelum dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Kereta dinaiki mangsa terbabas dan melanggar plaza tol berkenaan. Mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.