Singapura umum Geran Sokongan Bayi RM9,160

Gambar Hiasan.
Gambar Hiasan.
A
A
A

SINGAPURA - Ibu bapa kepada bayi warga Singapura yang lahir bermula 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2022 bakal mendapat bantuan berjumlah S$3,000 (RM9,160) yang diberikan secara sekali gus untuk membantu mereka menanggung kos membesarkan anak tersebut ketika musim pandemik koronavirus (Covid-19).

Geran Sokongan Bayi itu akan melengkapkan pemberian wang tunai Bonus Bayi sedia ada dan nilai keseluruhannya berjumlah sehingga S$10,000 (RM30,535) yang bakal dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa yang menerima bantuan tersebut.

Difahamkan, bayaran tersebut akan dibuat bermula 1 April 2021 atau dalam tempoh sebulan daripada pendaftaran skim Bonus Bayi.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah yang mengumumkan geran itu hari ini menyatakan rakyat Singapura berdepan kesukaran merancang melangsungkan perkahwinan dan mempunyai anak akibat ancaman wabak tersebut.

"Kerajaan akan cuba membantu pasangan mencapai impian mereka untuk berkahwin dan bergelar ibu bapa.

"Kami juga berharap lebih banyak perniagaan dan kumpulan komuniti akan memainkan peranan mereka menyediakan perkhidmatan yang berpatutan untuk menyokong golongan tersebut yang akan menjadikan Singapura sebagai sebuah negara keluarga," ujarnya.

Sebagai menyahut seruan kerajaan, jenama produk bayi, Mothercare akan menawarkan keahlian VIP kepada kesemua warga Singapura yang bakal bergelar ibu untuk tempoh 12 bulan akan datang dan mereka juga layak untuk mendapatkan diskaun istimewa. - Agensi

Artikel Berkaitan: