Pemimpin pembangkang Venezuela dilarang ke luar negara

Juan Guaido
Juan Guaido
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Mahkamah Agung Venezuela melarang pemimpin pembangkang, Juan Guaido meninggalkan negara itu selain akaun bank miliknya turut dibekukan.

Keputusan itu dibuat selepas pergolakan politik yang semakin meningkat susulan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara pada minggu lalu.

Beliau bagaimanapun disokong Amerika Syarikat dan negara lain.

Pegawai Washington memaklumkan semua pilihan untuk menyelesaikan krisis itu sedia dirundingkan.

Siri protes ganas melanda Venezuela sejak Maduro memulakan penggal kedua pemerintahannya pada 10 Januari lalu.

Beliau dilantik pada tahun lalu ketika pengundian kontroversi yang menyaksikan ramai calon pembangkang dilarang bertanding atau dipenjarakan.

Menurut PBB, sekurang-kurangnya 40 maut manakala ratusan lagi diberkas sejak Januari lalu. - BBC

Artikel Berkaitan: