Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang serantau lain. - Foto 123rf
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang serantau lain. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang serantau lain, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1320/1400 berbanding dolar AS, daripada 4.1500/1550 pada Khamis.

Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata, dolar Singapura, baht Thai dan ringgit Malaysia mempunyai kolerasi positif dengan yuan.

“Prestasi kukuh yuan China selepas kembali daripada cuti panjang selama seminggu menyokong mata wang serantau berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, jangkaan persetujuan bagi pakej rangsangan fiskal Amerika Syarikat yang seterusnya juga menyebabkan dolar AS kekal berada dalam aliran lemah selain mengurangkan tekanan terhadap mata wang Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0474/0542 daripada 3.0553/0592 pada Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3456/3576 daripada 5.3630/3699.

Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.8741/8840 daripada 4.8796/8863 dan menambah berbanding yen kepada 3.9014/9101 daripada 3.9155/9209. - Bernama

Artikel Berkaitan: