Trump tolak debat Presiden AS secara maya

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu `bertentang mata' dengan pencabarnya daripada parti Demokrat, Joe Biden dalam debat Presiden AS, kata pengendali kempen Trump semalam sekali gus mengetepikan cadangan supaya perdebatan itu diadakan secara maya.

Bagaimanapun, pengendali kempen Trump meminta supaya pusingan akhir perdebatan itu diadakan lima hari sebelum pilihan raya Presiden AS diadakan pada 3 November ini.

Kedua-dua mereka sebelum ini berbalah berulang kali berhubung isu tersebut dengan pencabar Presiden AS berkenaan menegaskan Trump tidak boleh menjadualkan semula tarikh perdebatan tersebut yang telah dipersetujui untuk kepentingan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh debat jika Trump belum pulih Covid-19: Biden

Perdebatan kedua dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober ini di sebuah dewan di Miami manakala pusingan akhir debat itu dijangka diadakan seminggu kemudian.

Pengarah kempen Trump, Bill Stepien turut membidas Suruhanjaya Debat Presiden dalam satu kenyataan dengan berkata, ia mahu "melindungi Joe Biden" dengan menukarkan format perdebatan secara maya bagi membolehkan para pengundi tidak akan mempersoalkan rekod perkhidmatan pentadbiran yang panjang bekas Naib Presiden AS tersebut secara langsung.

Trump berentap dengan Joe Biden dalam debat Presiden AS pada 29 September lalu. - AFP
Trump berentap dengan Joe Biden dalam debat Presiden AS pada 29 September lalu. - AFP

Bagaimanapun, suruhanjaya itu sebelum ini menyatakan perubahan cara perdebatan itu dilakukan adalah untuk melindungi kesihatan dan keselamatan mereka yang terlibat dalam acara itu.

Artikel Berkaitan:

Ia menyatakan debat secara maya itu sepatutnya diadakan di sebuah struktur sebuah dewan di sebuah kawasan yang terpencil.

Pada 5 Oktober lalu, Trump dibenarkan keluar dari sebuah hospital selepas empat hari menerima rawatan kerana dijangkiti Covid-19. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Trump kembali bertugas selepas dijangkiti Covid-19