X

Kindly register in order to view this article
!

Harga RON95, RON97 turun 4 sen, diesel turun 1 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter manakala harga diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter manakala harga diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.69).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!