Empat ADUN tarik balik injunksi terhadap kerajaan Pulau Pinang

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi hari ini mendengar permohonan empat ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menarik balik permohonan injunksi bagi menghalang kerajaan negeri membentangkan usul mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing kosong.

ADUN terbabit ialah Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), Zolkifli Md Lazim (Teluk Bahang), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) and Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya).

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili kumpulan ADUN tersebut, memberitahu mahkamah anak guamnya menarik balik injunksi itu selepas kerajaan negeri bersetuju dengan dua syarat mereka iaitu tidak membentangkan usul tersebut pada persidangan DUN akan datang serta mengeluarkan notis 14 hari jika ia berhasrat berbuat demikian pada masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang tangguh bentang usul kosong empat kerusi DUN

Sementara itu, Penasihat Perundangan Negeri Pulau Pinang Datuk Norazmi Narawi memberitahu mahkamah yang kerajaan negeri bersetuju untuk menangguhkan usul tersebut yang boleh menyebabkan empat pilihan raya kecil diadakan.

"Kami juga bersetuju dengan syarat kedua iaitu sekiranya usul itu akan dibentangkan di DUN pada masa depan, satu tempoh 14 hari harus diberikan," katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh di sini.

Sementara itu, mahkamah juga menetapkan 26 November ini untuk pengurusan kes saman empat ADUN berkenaan terhadap kerajaan negeri berhubung pindaan enakmen negeri berkaitan lompat parti. - Bernama

Artikel Berkaitan: