X

Kindly register in order to view this article
!

Majlis Aids kecewa kenyataan MB Kedah kait HIV dengan dosa

Muhammad Sanusi
A
A

SHAH ALAM - Majlis Aids Malaysia (MAC) kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor yang mengaitkan orang yang hidup bersama HIV (PLHIV) mendapat jangkitan virus itu daripada perbuatan dosa.

Preside MAC, Datuk Dr Christopher Lee berkata, kenyataan tersebut hanya akan memanjangkan stigma terhadap mereka yang telah dijangkiti atau berisiko tinggi terdedah kepada virus berkenaan.

“Stigma dan diskriminasi terhadap HIV dan penyakit berjangkit lain termasuk koronavirus (Covid-19) adalah tidak produktif dan boleh menyebabkan mereka yang berisiko akan tawar hati untuk mendapatkan rawatan.

“MAC khuatir kenyataan tersebut akan mendorong pesakit HIV yang mungkin terdedah kepada Covid-19, menyembunyikan status kesihatan mereka kepada penyedia perkhidmatan kesihatan. Covid-19 sangat bahaya kepada individu yang mempunyai sistem imun ketahanan badan yang lemah,” kata MC dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, MAC bersetuju dengan Muhammad Sanusi yang mengatakan bahawa PLHIV mendapat sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Kata MAC, itu membuktikan masih terdapat stigma yang luas dan diskriminasi terhadap pesakit serta golongan berisiko.

“Ini adalah waktu sukar untuk kita semua, maka MAC gesa orang ramai supaya bertindak secara baik, bukan stigma atau diskriminasi,” ujarnya.

Rabu lalu ketika bercakap kepada pemberita di Wisma Darul Aman, Muhammad Sanusi berkata, individu yang dijangkiti Covid-19 tidak melakukan sebarang dosa berbanding mereka yang dijangkiti HIV.

“Pandangan awam sekarang seolah-olah orang yang positif Covid-19 buat dosa dan patut dikecam, termasuk menteri agama pun orang kecam. Bukan dosa apa, dia terkena.

“Siapa pun yang minta kena Covid-19? Tuan-tuan pun tak minta. Kalau di kalangan tuan-tuan ni ada yang kena Covid, bukan kehendak kita. Kita buat kerja, tiba-tiba terkena kepada pandemik. Ini bukan Aids atau HIV (yang mana) antara penularan HIV ni (dari) seks songsang. Ini haram, tak boleh, dosa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: AMK desak Muhammad Sanusi lepaskan jawatan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!