Calvert-Lewin lulus ujian sulung

Calvert-Lewin (kanan) menyumbat gol pertama England ketika menentang Wales pada aksi persahabatan di Wembley awal pagi tadi.
Calvert-Lewin (kanan) menyumbat gol pertama England ketika menentang Wales pada aksi persahabatan di Wembley awal pagi tadi.
A
A
A

PENYERANG Everton, Dominic Calvert-Lewin sudah boleh berbangga apabila dapat menyempurnakan salah satu impiannya apabila meledak gol dalam skuad kebangsaan England.

Lebih membanggakan, Calvert-Lewin berjaya mencatat nama selaku penjaring gol England dalam penampilan pertamanya bersama skuad The Three Lions pada aksi persahabatan menentang Wales di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Selepas merekodkan sembilan gol termasuk dua kali mencatat hatrik pada awal saingan musim ini, Calvert-Lewin membuktikan sentuhannya cukup berbisa apabila menyumbat gol pertama England yang meraih kemenangan 3-0.

"Saya berusaha keras untuk sampai ke tahap ini. Ia seperti satu perjalanan yang panjang tetapi saya amat gembira untuk berada sini dan mendapat peluang menjaringkan gol dalam penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan.

"Tetapi agak merugikan kerana tiada penyokong untuk meraikan kemenangan ini. Ahli keluarga saya juga tiada di sini untuk meraikannya, jadi ia satu perasaan yang berbelah bahagi.

"Apa pun dapat menjaringkan gol dalam penampilan pertama merupakan antara impian saya sejak dulu lagi. Saya harap ini satu permulaan untuk meneruskan prestasi terbaik pada perlawanan akan datang," kata Calvert-Lewin.

Selain Calvert-Lewin, Conor Coady dan Danny Ings turut memperoleh gol pertama mereka bersama England, sekali gus menjadi persediaan terbaik sebelum skuad kendalian Gareth Southgate itu sebelum menghadapi Belgium dan Denmark dalam kempen Liga Negara-Negara UEFA.

Artikel Berkaitan: