PKPB Klang: Jangan panik, patuh nasihat pihak berkuasa

Seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan bermula hari ini.
Seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan bermula hari ini.
A
A
A

KLANG - Masyarakat di DUN Sentosa dinasihatkan tidak panik menghadapi suasana ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa G Gunaraj berkata, orang ramai khususnya masyarakat di Sentosa perlu sentiasa mematuhi ketetapan yang telah diumumkan dalam PKPB.

Menurutnya Pusat Khidmat DUN Sentosa akan sentiasa memberi maklumat terkini mengenai perkembangan PKPB kepada masyarakat di kawasan itu

"Terdapat empat kawasan yang terlibat PKPB dalam DUN Sentosa iaitu Bandar Bukit Tinggi, Taman Pendamar Indah, Taman Sentosa dan Jalan Dato Dagang," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan bermula hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PKPB turut melibatkan 36 kawasan di mukim Klang antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas.

Artikel Berkaitan: