Wartawan Sinar Harian terima Pingat Cemerlang Bomba

Rosalwani (berdiri, kanan) bersama rakan media yang menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) pada Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. - Foto ROSLI TALIB
Rosalwani (berdiri, kanan) bersama rakan media yang menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) pada Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. - Foto ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Wartawan Sinar Harian, Rosalwani Che Soh antara antara 16 pengamal media yang menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid di Hotel Marriot di sini, hari ini.

Anugerah itu diberikan kepada pengamal media bagi menghargai jasa wartawan yang bekerja di lapangan dan melaporkan berhubung tugasan anggota bomba sebagai barisan hadapan serta melakukan tugas menyelamat dengan menjalankan sanitasi awam dalam menangani situasi pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Turut mendahului senarai penerima ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat yang dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP).

Lapan lagi individu pula dikurniakan Pingat Jasa Bomba (PJB) antaranya Timbalan Pengarah (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Mohd Zulkifli Harun; Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM, Aidi Azli Wahit; Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd Pisar Aziz dan Mohd Sani Harul yang bertugas di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nor Hizwan Ahmad pula tersenarai sebagai penerima Pingat Setia Bomba (PSB).

Secara keseluruhan, 23 individu dipilih menerima Pingat Setia Bomba (PSB) dan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) termasuk 77 pegawai jabatan serta 16 pengamal media menjadikan jumlah seramai 109 penerima pingat.

Istiadat Pengurniaan Pingat Kebesaran JBPM bermula sejak 1994 meraikan petugas jabatan bomba, kakitangan awam dan petugas media yang membantu meningkatkan integriti JBPM di mata masyarakat.

Artikel Berkaitan: