Jumpa ganja dalam kotak

Dua ketulan ganja seberat 1.9 kilogram bernilai RM4,750 ditemui Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) berhampiran menara A8 tembok sempadan Malaysia-Thailand, di sini, kelmarin.
Dua ketulan ganja seberat 1.9 kilogram bernilai RM4,750 ditemui Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) berhampiran menara A8 tembok sempadan Malaysia-Thailand, di sini, kelmarin.
A
A
A

PADANG BESAR - Dua ketulan ganja seberat 1.9 kilogram bernilai RM4,750 ditemui oleh Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) berhampiran menara A8 tembok sempadan Malaysia-Thailand, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 1 Superintendan Abd Aziz Abdullah berkata, sepasukan anggota Task Force sedang melakukan rondaan risikan lebih kurang jam 7 pagi sebelum menemui sebuah kotak.

Beliau berkata, kotak tersebut mengandungi dua ketulan mampat daun kering yang dibalut plastik lutsinar ditemui ditinggalkan di kawasan itu.

"Susulan penemuan itu, kita melakukan intipan ke atas kotak kira-kira tujuh jam namun tiada suspek yang muncul bagi mengambil barangan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membawa ketulan mampat daun kering ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan membuat laporan polis.

"Siasatan mendapati ketulan mampat daun kering adalah ganja seberat 1.9 kilogram bernilai RM4,750 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai cuba diseludup dari negara jiran ke Malaysia serta rondaan dan kawalan keselamatan akan ditingkatkan di kawasan strategik.

Artikel Berkaitan: