554 polis pantau pematuhan SOP di tempat tumpuan

Roslee Chik
Roslee Chik
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 554 pegawai dan anggota polis Terengganu membabitkan 93 pasukan terlibat dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sejak semalam susulan pertambahan kes baharu positif koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, mereka ditempatkan dilokasi tumpuan bagi memantau pematuhan SOP secara berkala sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Kami juga akan mempergiatkan operasi dengan melakukan sekatan jalan raya secara 'mobile' di beberapa lokasi dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, selain memastikan pematuhan SOP PKPP di tempat awam, pasukan yang turut melibatkan kenderaan peronda itu juga dapat mencegah jenayah penyeludupan.

Sementara itu, Roslee berkata, polis akan bertindak tegas memastikan orang awam di negeri ini mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan, amaran dan kompaun juga dilakukan dari masa ke masa.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang dikesan melanggar SOP. Kompaun serta-merta akan dikeluarkan kepada mereka yang gagal mematuhi arahan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: