Pesawah ditemui mati di bendang

PDRM
PDRM
A
A
A

TUMPAT - Seorang pesawah ditemui meninggal dunia dipercayai lemas di bendang padi di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa, Muhammad Syawaluddin Sulaiman, 21, ditemui oleh penduduk kampung pada jam 8 malam dalam keadaan tertiarap di tebing sawah berkenaan.

Menurutnya, pada setiap petang mangsa akan ke sawah berkenaan yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumahnya dan pulang pada 7 petang.

“Bagaimanapun semalam mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa dan panggilan telefon juga tidak berjawab.

“Ahli keluarga dan rakan mangsa bersama penduduk keluar mencari di sekitar kampung dan menemuinya keadaan tertiarap di tebing sawah dengan mesin meracun masih hidup,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ab Rashid berkata, mangsa yang ditemui lengkap berpakaian serta tiada kesan kecederaan itu dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: