X

Kindly register in order to view this article
!

Masih ramai ingkar SOP PKPP

Seramai 21 individu dikompaun kerana gagal mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan.
A
A

KEPALA BATAS - Seramai 21 individu dikenakan kompaun kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi dijalankan polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam tadi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua 18 lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 30-an hingga 60-an dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati tidak mengamalkan penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

"Mereka dikompaun ketika operasi dijalankan di restoran, pasar raya dan kedai alat ganti kenderaan antaranya di Butterworth, Mak Mandin, Sungai Dua, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

"Kesemua individu ini didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang diarahkan kerajaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Pemilik sebuah pusat hiburan turut dikompaun kerana beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan.
Pemilik sebuah pusat hiburan turut dikompaun kerana beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis pusat hiburan.

"Kita turut mengeluarkan kompaun kepada tujuh lelaki dan dua wanita ketika berada di sebuah pusat hiburan (pub). Mereka ini didapati gagal mendaftar masuk ke premis selain tidak mengambil bacaan suhu badan.

"Selain itu, pemilik pusat hiburan itu juga dikompaun RM1,000 kerana didapati beroperasi lebih waktu yang ditetapkan," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak agar mematuhi SOP yang ditetapkan dan pihaknya akan menjalankan operasi pematuhan SOP PKPP secara berterusan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!