Bekas pengumpul dana Trump didakwa melobi untuk 1MDB

Elliott Broidy (kanan) didakwa di Mahkamah Persekutuan Washington kerana melobi secara haram bagi meminta kerajaan AS menggugurkan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad. - Foto Getty Image
Elliott Broidy (kanan) didakwa di Mahkamah Persekutuan Washington kerana melobi secara haram bagi meminta kerajaan AS menggugurkan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad. - Foto Getty Image
A
A
A

WASHINGTON - Seorang bekas pengumpul dana untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa kerana melobi secara haram bagi meminta kerajaan AS menggugurkan siasatan terhadap skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menolak penghantaran pulang seorang bilionair China.

Pengumpul dana itu, Elliott Broidy didakwa di Mahkamah Persekutuan Washington dengan satu dakwaan konspirasi dan bertindak sebagai seorang ejen tidak berdaftar selepas dipercayai bersetuju untuk mengambil berjuta-juta dolar bagi melobi pentadbiran Trump.

Dakwaan itu yang didedahkan kepada orang awam semalam menyatakan Broidy diambil bekerja pada tahun 2017 oleh seorang warga asing yang tidak dinamakan tetapi dipercayai seorang warga Malaysia, Low Taek Jho untuk mendesak para pegawai AS menamatkan siasatan skandal tersebut melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Skandal itu melibatkan 'kecurian' lebih AS$4.5 bilion (RM18.69 bilion) wang pelaburan dana 1MDB dan warga Malaysia berkenaan dipercayai memindahkan serta menyembunyikan sebahagian daripada wang tersebut.

Ketika Broidy dipercayai melakukan perbuatan itu, dia berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Kewangan Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan selepas menjadi pengumpul dana utama untuk kempen Trump menjadi Presiden pada tahun 2016.

1MDB
1MDB

Selepas diambil bekerja oleh warga Malaysia itu, dia secara peribadi meminta Trump menjemput Najib untuk bermain golf ketika bekas Perdana Menteri itu melawat AS pada September 2017, kata pendakwaan tersebut.

Matlamat jemputan itu untuk memberikan peluang kepada Najib 'percubaan untuk menyelesaikan isu 1MDB' dengan pemimpin AS, menurut dokumen itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, permainan golf itu tidak pernah berlaku dan warga Malaysia itu didakwapada tahun 2018 kerana peranannya 'menyalurkan keluar' berbilion-bilion wang 1MDB daripada 1MDB.

Menurut dokumen itu lagi, pada Mei 2017, warga Malaysia itu memperkenalkan Broidy kepada seorang menteri China dan mereka membincangkan hasrat Beijing supaya Washington menghantar pulang seorang taikun China.

Ia tidak menamakan taikun itu tetapi dia kenali sebagai Guo Wengui, seorang ahli perniagaan terkenal.

Menurut akhbar Wall Street Journal, nama menteri China itu ialah Sun Lijun, memegang jawatan porfolio menjaga keselamatan awam.

Pendakwaan itu berlaku beberapa minggu selepas rakan utama warga Malaysia dan Broidy iaitu ahli perniagaan wanita Hawaii, Nickie Mali Lum Davis mengaku bersalah atas dakwaan melobi secara haram dalam kes 1MDB dan Wengui.

Wengui kekal berada di AS yang mana dia meneruskan kempen menentang penghantaran pulang ke China dan bekerja rapat dengan seorang lagi pembantu Trump, Steve Bannon.

Bannon ditangkap pada Ogos lalu ketika menaiki kapal layar Wengui di luar pantai Connecticut dan didakwa melakukan penipuan dalam projek pembinaan dinding sempadan Mexico. - AFP