Bongkar lagi sindiket cuci duit haram

No Image Caption
A
A
A

PENDEDAHAN satu sindiket yang menggunakan artis dan selebriti untuk ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah telah membuka mata banyak pihak.

Duit itu datang daripada apa-apa sahaja aktiviti haram, contohnya riba, memeras ugut, menipu, rasuah dan jual beli barang yang tidak sah seperti dadah serta pemerdagangan manusia.

Kaedah mencuci duit haram bukanlah perkara baharu kerana isu itu sudah lama berlaku, selain memberi keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada pelaburan yang sah.

Membuka banyak perniagaan baharu sering menjadi taktik biasa sindiket pengubahan wang haram bagi mencampurkan wang yang kotor dengan perniagaan yang halal.

Selain itu, syarikat kosong yang ditubuhkan tanpa sebarang aset atau operasi juga boleh digunakan untuk pengubahan wang haram.

Syarikat tersebut hanya berfungsi sebagai tempat transaksi palsu dilakukan seperti perniagaan biasa bagi membenarkan aliran masuk wang tunai.

Dana yang diterima boleh juga dikitar semula menerusi beberapa syarikat lagi sebelum masuk ke poket sendiri sebagai wang yang halal.

Apabila wang yang kotor sudah dicucikan, mereka boleh membelanjakan wang itu dengan membeli barang-barang mewah dan rumah yang besar. Mereka mungkin boleh terus menutup mata pihak berkuasa dengan melakukan aktiviti amal jariah.

Artikel Berkaitan:

Sebab itu, kes-kes melibatkan pengubahan wang haram pasti ada kereta mewah, jam tangan dan wang kertas ratusan ribu, malah jutaan ringgit yang akan disita oleh pihak berkuasa.Oleh sebab kes cuci duit haram melibatkan artis mendapat perhatian meluas dalam kalangan rakyat ketika ini, pihak berkuasa perlu membongkar lagi kemungkinan sindiket-sindiket lain yang masih bebas.

Paling dibimbangi adalah anggota keselamatan sendiri yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan. Sudah pasti mereka juga mendapat laba yang cukup lumayan.

Rakyat mahukan sindiket seperti ini dihukum dengan hukuman yang paling keras!