Dua beradik hilang sudah ditemui

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

GOMBAK - Polis menemui dua beradik yang dilaporkan hilang dari Rumah Bakti Darussalam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kedua-dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat kira-kira 10 kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

"Kita menemui mereka pada jam 6 petang. Mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kanak-kanak yang dilapor hilang itu berusia 11 tahun dan adiknya berusia 9 tahun.

Arifai berkata, siasatan lanjut mendapati dua beradik itu tidak melarikan diri dari rumah kebajikan berkenaan tetapi telah dipindahkan oleh dua lelaki ke rumah kebajikan yang lain di Batu 11 Jalan Gombak.

"Nota tulisan tangan yang ditinggalkan sebelum ini betul ditulis oleh kanak-kanak tersebut," katanya.

Beliau berkata, dua lelaki berusia 33 tahun dan 34 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 57 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Setakat ini, tiada unsur tidak baik dilakukan ke atas kanak-kanak itu. Salah seorang suspek dikenali oleh kanak-kanak berkenaan. Motif masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, polis mengesan dua adik-beradik dipercayai hilang dari Rumah Bakti Darussalam, di sini pada 29 September lalu.

Salah seorang daripada mereka ada meninggalkan nota mengenai ketidakpuasan hatinya yang akan dipindahkan dan bertindak keluar dari rumah kebajikan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan dua beradik hilang