Ijazah palsu: Eksekutif jualan didakwa

C Vijayakumar mengaku tidak bersalah diMahkamah Sesyen Shah Alam.
C Vijayakumar mengaku tidak bersalah diMahkamah Sesyen Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang eksekutif jualan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan meminta rasuah membabitkan RM12,5000 bagi mengeluarkan sijil ijazah palsu Universiti Multimedia (MMU), tahun lalu.

C Vijayakumar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa meminta wang tersebut daripada pengadu sebagai upah mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) MMU atas nama Mohd Amzar Hashim tanpa perlu mengikut prosedur pembelajaran yang betul.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat membeli-belah, Jalan IKRAM-UNITEN, Kawasan Institusi Bangi, jam 3.50 petang, pada 25 Januari 2018.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima rasuah RM1,500 daripada pengadu bagi tujuan sama di sebuah premis, Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya, jam 3.10 petang pada 6 April 2018.

Pendakwaaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Asyraf Muhammed Tahir mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Muhammad Asyraf mencadangkan jaminan RM20,000 bagaimanapun peguam, Badrul Munir Mohd Bukhari memohon mahkamah membenarkan jaminan rendah atas alasan kerjasama penuh diberikan anak guamnya sepanjang disiasat.

Hakim, Mohd Sabri Ismail membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintah passport lelaki itu ditahan di mahkamah sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan 20 Februari untuk sebutan semula kes.