PKPB Klang: Sekatan, penutupan jalan raya mulai tengah malam ini

Sekatan dan penutupan jalan raya akan dilakukan mulai tengah malam ini lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa esok.
Sekatan dan penutupan jalan raya akan dilakukan mulai tengah malam ini lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa esok.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Klang Selatan akan mengadakan sekatan dan penutupan jalan raya mulai tengah malam ini lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sekatan jalan raya akan diadakan di Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart) di Bukit Tinggi serta di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas dekat sini.

Bagi penutupan jalan, beliau berkata, ia melibatkan Jalan Batu Unjur 9, Bukit Tinggi manakala di kawasan Taman Sri Andalas akan melibatkan jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn Bhd (berhadapan Masjid Ar Rahimiah).

"Selain itu, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53 ditutup bermula lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt sekitar kawasan Taman Sri Andalas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar memaklumkan orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi (Taman Bayu Perdana, Flat Sri Angkasa, Apartment Vista Bayu dan Bayu Villa) dan Taman Sri Andalas dinasihat untuk mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

Katanya, balai polis bergerak akan disediakan di dua lokasi itu.

"Buat masa ini, tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke kawasan lain di daerah Klang setakat ini namun ia tertakluk kepada perubahan semasa.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi PKPB dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard PKPB.

Artikel Berkaitan:

Shamsul Amar berkata, masyarakat boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-3376 2400 untuk sebarang pertanyaan atau aduan. - Bernama