X

Kindly register in order to view this article
!

Kuarantin wajib 14 hari jika masuk ke Sarawak

JPBN Sarawak hari ini memutuskan bahawa semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan mulai 10 Oktober ini.
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan bahawa semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan mulai 10 Oktober ini.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ujian saringan koronavirus (Covid-19) akan diambil pada hari kedua dan ke-10 dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh individu terbabit.

“Hanya kos kuarantin dan ujian Covid-19 rakyat Sarawak akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 di sini.

Beliau berkata, sebelum ini, arahan kuarantin wajib 14 hari yang dikeluarkan pada 4 Oktober tidak terpakai kepada rakyat Sarawak yang tiba dari Semenanjung dan mereka hanya perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

"Bagaimanapun, susulan peningkatan kes positif dari luar Sarawak yang melibatkan rakyat negeri itu, keputusan lebih drastik perlu diambil," katanya.

Timbalan Ketua Menteri I Sarawak itu juga berkata, pemantauan lebih ketat HSO akan dikuatkuasakan serta-merta dan polis akan memantau individu yang telah diarah menjalaninya.

“Sesiapa yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!