PKPB: Kenderaan perdagangan dibenar bergerak seperti biasa

Kenderaan perdagangan dibenarkan bergerak seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran.
Kenderaan perdagangan dibenarkan bergerak seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua kenderaan perdagangan atau komersial yang membawa barangan dibenarkan untuk terus bergerak seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu termasuk kenderaan yang berkaitan seperti bas pekerja bagi tempoh PKPB selama 14 hari bermula tengah malam ini.

Menurutnya, ia selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan semua sektor ekonomi di daerah Klang untuk terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Ini demi kepentingan negara untuk pemulihan semula ekonomi yang terjejas teruk. Di Klang misalnya, merupakan pusat aktiviti perindustrian yang besar dan memiliki pelabuhan kontena terbesar di Malaysia.

“Pada tahun 2019, nilai aktiviti perdagangan di Pelabuhan Klang (eksport dan import) menyumbang lebih RM400 bilion, iaitu 22 peratus daripada jumlah keseluruhan aktiviti perdagangan di negara ini.

“Keputusan ini turut mengambil kira maklum balas dan perbincangan antara kerajaan Selangor, agensi berkaitan dan MKN menerusi persidangan televideo hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Industri, aktiviti ekonomi di Klang boleh beroperasi

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ketidakpatuhan SOP, maka syarikat perlu memastikan persekitaran dan pekerja selamat daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) juga mendesak semua pihak dalam sektor logistik, pembekalan dan syarikat pengangkutan awam untuk mematuhi SOP yang ditetapkan terhadap pekerja, pelanggan serta pihak berkepentingan lain.

“Penguatkuasaan di lapangan akan sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan,” ujarnya.