X

Kindly register in order to view this article
!

Persekutuan tidak serius kuat kuasa SOP ketika PRN - Warisan

Yusof Yacob
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) menyelar tindakan kerajaan Persekutuan yang tidak serius menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengecualikan orang kenamaan (VIP) tertentu menjalani kuarantin ketika pulang berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Parti itu mendakwa, akibat kuasa politik itu Sabah dilanda gelombang baharu wabak koronavirus (Covid-19) daripada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, bukan masanya menuding jari kepada sesiapa tetapi semua pihak perlu bekerja keras melawan penularan wabak berkenaan.

"Tetapi hakikatnya, penularan Covid-19 tidak akan meningkat jika bukan kerana kerakusan kuasa.

"Pada masa sama, satu demi satu kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tumbang kepada Perikatan Nasional (PN) iaitu Johor, Kedah dan Melaka" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejak hari pertama pembubaran DUN Sabah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyatakan bahawa SOP ada disediakan untuk memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dapat diadakan dalam keadaan terkawal.

"Tetapi kes tiba-tiba saja melonjak naik, menyebabkan rakyat takut untuk keluar mengundi dan sejak dari awal lagi, pemimpin UMNO dijangkiti Covid-19 kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang berkempen.

"Kini, jangkitan Covid-19 di seluruh negara meningkat dan Sabah antara penyumbang dan diakui PRN Sabah antara punca merebak virus itu.

"Sepanjang perjalanan kempen, kerajaan Persekutuan tidak serius menguatkuasakan SOP dan mengecualikan orang kenamaan (VIP) tertentu daripada menjalani kuarantin," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!