Disaran baca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat esok

Semua masjid, dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat esok.
Semua masjid, dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat esok.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua masjid, dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, Mohd Ajib Ismail saranan itu bagi memohon kepada ALLAH SWT agar penduduk di Wilayah Persekutuan dan negara ini dihindarkan daripada wabak koronavirus (Covid-19).

"Qunut Nazilah juga digalakkan dibuat ketika solat Subuh pada setiap hari di masjid dan surau,” katanya memetik laporan portal AlHijrah.

Semalam Jawi turut menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut bermula 7 Oktober 2020.

Artikel Berkaitan: