X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Siasatan menyeluruh kes YouTuber diancam ah long

Ayob Khan
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes tiga YouTuber yang mendakwa diganggu ah long dan meminta bantuan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay seperti mana tular di media sosial baru-baru ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat tiga personaliti itu pada 28 September dan 3 Oktober lalu.

"Siasatan awal mendapati nombor telefon yang digunakan bagi mengancam mangsa merupakan nombor yang didaftarkan di Singapura.

"Selain itu, salah sebuah kenderaan yang disiasat berhubung kejadian ugutan yang dilaporkan oleh YouTuber didapati menggunakan plat nombor palsu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di Tampoi di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 436 khianat dengan api dan mengingatkan orang ramai tidak terlibat dengan kegiatan ah long.

Terdahulu video personaliti YouTuber yang menggunakan nama samaran Jeff, Inthira dan Tomato berdurasi 12 minit diancam ah long dengan mendesak mereka membayar balik pinjaman $63,000 (RM192,343) dan meminta bantuan Ayob Khan tular sejak beberapa hari lalu.

Suspek turut melempar molotov cocktail ke beranda rumah, memecahkan cermin tingkap kereta serta menyimbah cat merah ke pejabat mangsa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!