Subang Jaya terima ketua polis baharu

Risikin (kanan) menyerahkan dokumen serah terima tugas dalam majlis berkenaan.
Risikin (kanan) menyerahkan dokumen serah terima tugas dalam majlis berkenaan.
A
A
A

SUBANG JAYA - Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman dinaikkan pangkat sebagai sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau itu adalah bagi menggantikan Asisten Komisioner Mohammad Azlin yang akan bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah MPV, Bahagian Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK).

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu turut disaksikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Sulaiman Salleh

Menurut Risikin, pihaknya amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada beliau bagi memikul tanggungjawab tersebut.

"Insya-ALLAH, saya akan bekerjasama rapat dengan Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Amihizam Abdul Syukor bagi memastikan IPD Subang Jaya dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang selepas ini," katanya.

Selain itu, Risikin berkata beliau juga mempunyai misi dan visi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk di Subang Jaya terjamin daripada sebarang anasir jenayah.

Ujar beliau, pihaknya juga akan meneruskan kesinambungan bagi mengeratkan hubungan polis bersama persatuan penduduk, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat di daerah ini.

"Untuk masa terdekat, saya akan turun padang untuk bertemu mereka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara dua pihak supaya mereka dapat bekerjasama bagi menyalurkan maklumat berkaitan," katanya

Artikel Berkaitan: