Pemergian Paimuzi kehilangan besar buat negara: Nasrudin

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menyifatkan pemergian Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Beliau turut mendoakan semoga ALLAH memberikan ketabahan dan kesabaran buat seluruh ahli keluarganya Allahyarham.

"Mendapat berita bahawa Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya telah kembali ke Rahmatillah.

"Semoga ALLAH merahmati dan mengampuni beliau, memberikan ketabahan dan kesabaran buat seluruh ahli keluarganya serta keluarga besar Jakim," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Paimuzi meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Gombak untuk proses pengebumian.

Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada virus koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu, Paimuzi telah menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada 6 Oktober 2020 di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

"Bagaimanapun memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan," kata kenyataan itu di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pengarah Jakim bebas Covid-19