233 peket kapsul baja organik dirampas

Kapsul baja organik dirampas untuk siasatan lanjut.
Kapsul baja organik dirampas untuk siasatan lanjut.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) semalam merampas 233 peket kapsul baja organik selepas menjalankan pemeriksaan di mel dan kurier Pejabat Pos Bukit Mertajam di sini.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, kesemua baja 100 peratus organik dalam bentuk kapsul yang dianggarkan bernilai RM2,860 didapati dibawa masuk tanpa sebarang dokumen Import Permit yang dikeluarkan oleh Maqis.

Menurutnya, bungkusan kapsul baja organik tersebut milik wanita warga tempatan yang membelinya secara atas talian dari Thailand.

"Pemeriksaan lanjut menemui beberapa jenis kapsul yang diletak dalam beberapa bungkusan yang berlainan. Ia mengandungi 176 peket kapsul merah, 23 peket kapsul biru putih,17 peket kapsul hijau putih dan 17 peket kapsul merah putih yang bertujuan untuk kegunaan tanaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 233 peket kapsul baja organik bernilai RM2,860 dirampas Maqis Pulau Pinang semalam.
Sebanyak 233 peket kapsul baja organik bernilai RM2,860 dirampas Maqis Pulau Pinang semalam.

Beliau berkata, rampasan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

"Jika sabit kesalahan, individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: